Penunduk


Assalamualaikum..

Ok, kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua satu ilmu yang aku rasa sangant bermanfaat. Terutama mereka yang selalu ditindas. Hehehehehe yang penting jangan jadi penindas sudahlah. Bukan apa korang tak takut dosa ka dengan menindas orang yang lemah.

Ilmu ini dikenali sebagai ilmu penunduk. Buat yang ada isteri garang tu senyum lebarlah. Tapi janganlah sampai bodohkan isteri sebab dah tunduk kat korang. Tak baik tau isteri tu ibarat ladang untuk korang bercucuk tanam kena selalu disayangi bukan dibodohkan.

Oklah cakap banyak pun tak guna korang baca ja macam mana nak mengamal ilmu penunduk ni.


Pertama sekali korang baca surah Al Hasyr ayat ke 21. Kalau korang tak hafal tengoklah dalam Al-Quran tu. Sapa suruh malas mengaji. Dalam Al-Quran semua yang korang perlukan dah lengkap. Selepas itu korang baca pula Ha, Ya Ain, Sin Qaf, Ha, Mim, Ain, Sin, Qof. Sambil korang baca korang bayangkan muka orang korang nak tundukkan tu setelah itu hembuskan. Aaa itujalah amalannya tak susahkan.

Dalam kategori ilmu penunduk ni ada banyak versi so korang pandai-pandailah pilih yang mana serasi dengan korang. Orang tua-tua ada pesan kalau nak orang tunduk dan hormat kat kita, kita kenalah tunduk dan hormat pada orang. Tak perlu jadi samseng untuk jadikan orang tunduk kat kita. Betul tak. 

WALLAHUALAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...