Petua untuk mengubati sakit gigi

Petua ini aku dapat dari blog sahabat aku iaitu di www.beaufortparanormal.blogspot.com. Blog diapun boleh tahan juga penuh dengan dengan informasi. Lepas ni ingat nak beguru dengan dia pula. Yang aku tak sangka member aku tu sekarang dah ada group yang selalu pegi meneroka dunia hantu ni. Kira beranilah dorang ni. Ikut ceritanya dorang selalu pegi ke tempat-tempat berhantu kemudian ambil gambar alaaa macam seekers tu.

Aku bukan nak cerita tentang kumpulan dorang walaupun terasa nak join dorang. Tapi aku nak cerita tentang satu petua yang ada kat blog tu. Akupun dah minta izin kat tuan punya blog untuk ulang siar kat blog aku pula. Petuanya adalah untuk orang yang sakit gigi.


Ada orang kata daripada sakit gigi lebih baik sakit hati. Begitu teruknya sakit gigi ni. Kalau dah kena apa saja kita buat gerenti serba tak kena. Asyik nak marah saja. Panjang pula mukadimah aku hehehehe.

Kalau korang sakit gigi ambil seulas bawang putih kemudian bacakan ayat “Bismillahirahmanirahim
Subbhaana man ihtajaba bijabaruuti'an khalqihii falaa'aina taraahu laa dhidun walaa niddun siwaahu”.

Setelah itu bakar bawang putih tersebut lalu dikunyah. Jika tiada bawang putih memadai dengan berkumur dengan air suam yang dicampur dengan garam.

Kalau masih berterusan juga sakit gigi tu. Bawa pegi jumpa doktor gigi kemudian cabut. Gerenti tak sakit lagi sampai bila-bila.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

petua untuk hilangkan sakit kepala ada ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...