Ilmu Batin Islam - Energi Ilahi


Assalamualaikum…

Bagi para pengemar paranormal aku nak kongsikan pada korang satu ilmu di mana korang dapat meningkatkan tenaga dalam korang. Tenaga dalam ni amat penting kalau berkecimpung dalam dunia paranormal ni. Sebenarnya tenaga dalam bukan sahaja penting dalm dunia kebatinan tetapi juga penting dalam kehidupan kita seharian. Ilmu yang aku maksudkan ialah Energi Ilahi.


Sebenarnya akupun bukanlah seorang yang pakar dalam bidang energi ini. Tapi biarlah kita sama-sama belajar..Sebelum itu biarlah aku bagi tahu apa makna Ilmu batin Islam agar korang tidak keliru dan terus mengatakan sesat. Ilmu batin islam ni maknanya sebarang ilmu yang menggunakan prinsip penggantungan kepada ALLAH  SWT. Apa apa sahaja usahanya yang menggunakan doa, zikir dan ayat al Quran, itu boleh dikelaskan dalam ilmu batin islam. Namun yang aku agak marah bila ada je orang dengar bahasa lain dari arab, mula la nak melenting dan mengatkan ilmu sesat. Bila tak paham, sila jangan nak tuduh sesat. Angin betul aku kat orang yang tak paham makna ilmu batin islam ni. Selalunya bila ada kata-kata yang kita tak paham, kita kena tau itu bahasa apa. Selalunya ilmu batin ni menggunakan medium doa, so, tolonglah, jangan nak meraban takrif sesat itu sesat ini.

Ok sekarang aku nak kongsikan tatacara pengamalan ilmu batin Islam Energi Ilahi.
  1. Tawasul Al Fatihah kepada Nabi SAW, Para Wali, Ibu bapa, suami atau isteri,alim ulamak, muslimin dan muslimat dan para guru setiap sorang satu
  2. Baca lagi al Fatihah 3 kali
  3. Baca ayat 155 surah al Baqarah 3 kali
  4. Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha Illa ALLAH 3 kali
  5. Surah al Ikhlas 3 kali
  6. Baca doa ni :- “Ya Allah,sibukkanlah jiwa dan ragaku kapanpun dan dimanapun untuk slalu mengingat-Mu,mdhkanlah sgala urusanku,curahkanlah rejeki-Mu kpdku,sehatkan,sejahterakan dan kuatkan aku.Masukkan kekuatan dan ruh-Mu kedalam jiwa dan ragaku.Kun kata Allah,fayakun kata Muhammad.Allah bermaksud akan terwujud,Muhammad bersabda akan terlaksana.Maksudku adalah maksud-Mu,Amin Ya Rabbal ‘alamiin
  7. Auuzubillahi mina syaitanirrajim 7 kali
  8. Bismillah 7 kali
  9. syahadah 7 kali
  10. Istighfar 101 kali sambil menggerakkan badan kiri dan kanan
  11. Baca lailaha illa ALLAH 101 kali
  12. Baca Hasbunallah wa ni’mal wakiil, ni’mal maula wa ni’man nashiiir 101 kali
  13. rabbana atina miladunka rahmatan wahayikhlana min amrina rasyadan,rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina adzabannaar ” 3x amin ya rabbal ‘alamiin walhamdulillahi rabbil’alamiin
Mudah sajakan. Aku rasa orang biasa pun boleh mengamalkan kerana selain membangkitkan energi terpendam korang ia juga bersifat sebagai membersih dan membuatkan hati sentiasa bercahaya dengan cahaya keimanan. Banyak manfaat yang korang dapat apabila korang menguasai energy ini. Untuk itu jangan lupa tolong aku klik iklan adsniaga aku ya. Terima kasih sahabat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...