Ruqyah Jibril

Maksudnya - “Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yg sempurna, yg tidak dilampaui akan dia oleh mereka yg jahat dan melakukan maksiat, dan daripada kejahatan yg menyusup dalam bumi, dan yg keluar darinya, dan daripada yg turun daripada langit, dan kejahatan yg naik padanya, juga daripada fitnah-fitnah malam dan siang, kecuali ketukan-ketukan malam dan siang yang datang membawa kebaikan, ya Allah yg Maha Pemurah”

Tips menghilangkan sakit kepala


Sakit kepala merupakan satu penyakit yang sering melanda ramai orang. Banyak faktor yang menyebabkan sakit kepala berlaku antaranya strss, kurang oksigen ke kepala akibat cara bernafas yang tidak betul, keadaan cuaca dan macam-macam lagi penyebab sakit kepala.

Cahaya Nabi Yusuf


Rasanya terlalu lama aku tidak menulis dalam bolg ini...Maklum sajalah bukan senang untuk mengumpul ilmu-ilmu sebegini. Ilmu-ilmu ghaib ini kalau tak dicari betul-betul tak jumpa punya. Tapi kerana minta aku teruskan juga mencari, mujurlah aku ramai kawan yang boleh bekongsi pengetahuan.

Kali ini aku nak kongsi satu ilmu ghaib yang aku dapat dari seorang rakan di selatan tanah air. Ilmu ini di kategorikan dalam ilmu pengasih kerana manfaat dari ilmu ini adalah untuk mengikat dan mengeratkan lagi tali kasih antara anda dengan kekasih atau isteri anda.

Salam Penyatu Kasih


Assalamualaikum…

Korang dah teman hidup tak? Kalu belum cuba-cubalah renung-renung kenapa tak laku-laku lagi… Kalau korang masih muda lagi tak apalah. Tapi masalahnya kalau korang dah mula nak terlajak. Itu dah boleh tekan butang kecemasan.

Kalau sebab korang tak ada duit maka tak laku, itu tak dapatlah aku nak menolong. Manusia zaman sekarang lebih memandang kebendaan. Tak hairanlah kalau ramai jadi andartu sebab mak bapak minta mahal-mahal. Tapi kalau korang jenis yang ada rupa dan mampu tapi masih tak ada pasangan tu kena mandi bunga lah….hahahahahahahahaha.

Ilmu Embun


Assalamualaikum...

Kali ini aku nak kongsi kat korang satu ilmu yang aku rasa banyak manfaatnya. Aku daptkan ilmu ni masa aku balik kampung bulan lalu. Adalah aku ternampak sekumpulan pesilat sedang bermain dengan api tapi dorang tak pula rasa panas apalagi sampai melecur. Heran gak aku di buatnya. Tapi dalam dunia persilatan ini dah jadi perkara biasa terutama mereka yang menuntut ilmu batin.

Jadi kerana minat aku pun bertanyalah kepada sahabat aku yang merupakan murid kanan perguruan berkenaan. Pada mulanya tak mau juga dia ajar aku ilmu ini. Tapi setelah ku pujuk-pujuk akhirnya dia ajarkan jugalah.

Mengesan Kehadiran Makhluk Ghaib


Assalamualaikum…

Kali ini aku nak kongsi kat korang bagaimana nak mengesan kehadiran makhluk ghaib. Cara ni aku dapatkan dari sahabatku Adi BPC. Dia dengan teamnya memang aktif dengan gerakan-gerakan paranormal macam seekers la. Korang sebut saja kat mana tempat yang ada hantu gerenti dorang datang. Tak tahulah aku kenapa suka sangat dorang meneroka alam mistik ni. Katanya mencari pengalaman baru. Hehehehehe buat korang yang ada hobi yang sama, aku kongsikan korang satu teknik untuk mengesan kehadiran makhluk ghaib.

Ilmu Pagar Ghaib


Assalamualaikum...


Terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih kepada sahabatku Andi Sulaiman yang sudi berkongsi ilmu dengan pembaca blog aku. Ilmu yang diberikan ini katanya amat berguna kepada kita bagi mengelakkan sebarang gangguan makhluk halus atau pun sihir. Kiranya ia satu pendinding diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...