Ilmu penglihatan tanpa batas


Kali aku nak kongsi satu ilmu ghaib. Tapi aku harap korang tidak salah gunakan pula. Nanti tak pasal-pasal korang jadi kaki skodeng professional la pula. Ilmu ni dipanggil ilmu penglihatan tanpa batas. Korang pernah tengok cerita supermankan. Ilmu ni lebih kurang macam tulah tapi ada perbezaannya.

Ilmu ini memerlukan pengaktifan cakra mahkota secara penuh selain dari niat. Nampak macam senangkan tapi pecayalah ia bukan satu perkara mudah. Menurut pengamal ilmu ini, teknik ini lebih kurang teknik meraga sukma tetapi bukan meraga sukma sebab ia tidak menggunakan khadam.

Untuk mengatifkan ilmu penglihatan tanpa batas ini fikiran korang kena tenang, korang boleh gunakan teknik pernafasan untuk mengosongkan fikiran korang. Setelah itu pejamkan mata dan tumpukan energi anda pada titik tengah diantara kening anda ataupun chakra ajna anda. Bacalah dalam hati kalau boleh dalam keadaan menahan nafas Ladzinu “Fatahilla Nu Ati Wa Mun” sebanyak-banyaknya.

Sepanjang korang mengamalkan ilmu ini korang mungkin akan Nampak seolah-olah ada screen yang berwarna biru ataupun merah atau kuning, korang abaikan sahaja. Samapai satu tahap korang akan Nampak Kaabah. Teruskan sahaja singga korang Nampak diri korang sendiri. Jika dah sampai tahap ni korang dah dapat menguasai ilmu penglihatan tanpa batas.

Kebaikan yang korang dapat dari ilmu ini batin korang akan semangkin peka dan korang mampu meraga sukma.

Korang tahuka meraga sukma tu apa? Kalau nak tahu nanti aku kongsikanilmu tu. Ilmu tu kira tingkat tinggilah.

1 ulasan:

Syifa berkata...

Salam..
boleh tolong berikan ejaan ayat tu dalam jawi & maknanya..tkasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...