Ilmu Budi Suci


Assalamualaikum..

Apa khabar…Aku harap Korang sihatlah hendaknya. Kalini nak post apa pula aaaa..? Bukan apa pengetahuan aku ni terhad juga. Maklumlah aku pun belum tahap master lagi. Masih dalam proses mencari ilmu dan belajar lagi. Belum dapat jadi Super Earth People lagi ni.

Ok kali ini aku nak kongsi satu ilmu pukulan. Ilmu ini diberi nama pukulan jarak jauh – ilmu budi suci. Mungkin sebab korang boleh memukul dari jarak jauh kot..Ilmu ini besar manfaatnya terutama untuk melindungi diri korang dari tindakan manusia-manusia zalim. Tapi aku nak nasihatkan jangan korang guna ilmu ini sewenang-wenangnya. Kalau untuk menegakkan kebenaran aku izinkan.


Sesiapa yang menguasai ilmu ini akan mampu menolak musuhnya dalri jarak jauh tanpa perlu menyentuh musuh. Cara mengamalkan ilmu ini ialah setiap selesai solat korang baca

“Bismillahirrahmanirrahim.
In kaanat illa soihatan waa hidatan faizaa hum khaamidun.”

Selama 40 hari. Korang juga digalakkan berpuasa sepanjang tempoh tersebut (bukan wajib kalau tak puasa pun taka pa tapi lebih afdal kalau puasa)

Setelah selesai 40 hari korang dah boleh guna ilmu ini caranya korang baca sekali kemudian niatkan nak guna ilmu ini. Setelah tu korang juruslah musuh korang tu. Korang tahukan macam mana nak jurus. Kalau korang tak tahu korang tolak tangan Koran dengan tapak tangan terbuka kepada sasaran korang. Itu lah jurus.

Sekali lagi aku ingatkan jangan buat main ilmu ini. Jangan nak memandai-memandai nak test power. Nanti aku jurus Koran baru korang tahu. Satu lagi jangan lupa klik iklan aku aaa hehehehehe. Terima kasih

4 ulasan:

sahastrara berkata...

salam tuan ..bukankah ilmu BS ni ada jurus2 yang perlu di amalkan-maaf andai ada kesilapn

capang berkata...

Assalamualaikum bro.. Boleh x jurus ni digunakan untuk menyelamatkan seseorang yang teraniaya..ataupun untuk menolak barang yang kita xmampu nak ambil atau capai contohnya?

Super Earth People berkata...

Saudara sahastrara..Dalam Ilmu BS ini memang terdapat beberapa jurus yang perlu di amalkan...terima kasih atas perkongsian ilmu..

Super Earth People berkata...

Saudara capang...jurus ini hanya untuk mempertahankan diri atau menolong orang yang teraniaya sahaja kerana ia termasuk dalam seni pukulan mengunakan energy dalaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...