Ilmu cakar naga

Sebelum aku kongsi dengan korang tentang ilmu ini. Aku nak ingatkan ini bukanlah ilmu yang boleh dibuat mainan kerana ia boleh membahayakan kepada orang lain. Ilmu ini biasanya dimiliki oleh para pendekar. Mungkin ada yang tak percaya tapi inilah kenyataan.

Ilmu cakar naga ni aku dapatkan dari sorang rakan yang berasal dari Indonesia. Dia yang ajar aku ilmu ni. Katanya sebagai pelindung diri dari serangan musuh.

Untuk menguasai ilmu ini korang kenalah puasa 40 hari. Setiap bangun pagi sebelum makan pagi, sebelum berus gigi, sebelum berkumur, sebelum meludah (banyak pula sebelumnya) pendek kata sebelum korang buat apa-apalah bila dah bangun pagi tu. Tapi kalau yang bangun jam 11 tu tak payahlah lupakan saja tentang ilmu ini. Korang bacalah mentra ini 3x:

“Allahuma cakar nogo nggrawut nyawamu”
Setelah selesai membacanya, jilatilah ke-10 jari tangan anda dimulai dari ibu jari kanan anda dan
diakhiri pada ibu jari kiri anda.

Selain itu juga harus selalu memotong kuku karena ilmu ini tidak boleh memelihara kuku

Sesiapa sahaja yang terkena pukulan cakar naga ni secara fizikal tidak akan mendatangkan cedera parah tetapi dalam jangka masa panjang akan merosakkan jiwa musuh anda dan perlu diingat luka jiwa lebih susah untuk disembuhkan berbanding cedera fizikal.

Ilmu cakar naga ini boleh korang gunakan ketika pergaduhan secara fizikal bukan secara batin. Bagi yang dah belajar sila, karate taekwando atau apa saja seni mempertahankan diri tentu lebih mudah. Tapi aku ingin ingatkan agar korang jangan jadi samseng kalau dah tahu ilmu ini. Kelak buruk padahnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...