Ilmu Tongkat Nabi Musa a,s

sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum…

Adui penat juga hari ni nak memerah otak sebab nak cari post baru. Maklumlah pengetahuan aku ni terhad. Lagi pun kepala tengah serabut ni sebab nak fikir macam mana nak tingkatkan blog aku ni. Tiba-tiba teringat pula aku akan satu ilmu serangan ghaib yang amat baik untuk kita jadikan sebagai pertahanan sekaligus serangan jika ada orang yang nak menindas kita. Cuma aku nak nasihatkan kat korang agar tidak salah guna ilmu yang korang dapat terutama bagi yang bersifat serangan. Amat berbahaya.


Ilmu yang aku maksudkan ialah ilmu tongkat Nabi Musa a.s. ilmu ini dapat digunakan untuk mematahkan segala macam ilmu sihir dengan izin Allah. Selain tu ilmu ini juga mempunyai banyak kegunaan bergantung peringkat korang dalam menguasai ilmu ini. Untuk peringkat pertama kira peringkat amatur lah. Korang akan dapat rasa energi lembut yang ada disekitar korang dan ia juga dapat menajamkan deria batin korang. Untuk peringkat kedua atau semi pro korang akan menyerap energi yang ada kat sekitar korang selain dapat memagar rumah, mengesan penyakit dan juga memusnahkan penghalang rezeki agar rezeki korang lebih lancar. Bagi yang pro ataupun peringkat ketiga, korang akan dapat memanggil sukma seseorang, memindahkan hujan dan mampu berkomunikasi dengan jin. Itulah kehebatan ilmu ini. Namun kebanyakan orang tidak mampu nak sampai peringkat ketiga kerana hanya mereka yang benar-benar berhati bersih sahaja mampu sampai peringkat ini.

Macam mana nak dapat ilmu ini. Korang amalkahn doa ini selalu.

Bismillahirrahmannirrahim. Allahuma sholli wassalim’alaa sayyidinaa Muhammad wa’alaa aalihii washobbihii wasallim.Bikhofiyyi luthfillaah, Bi lathiifi shun’illaah, Bijamiili sitrillah, Bibadii’I afwillaah, Bisarii’I karomilaah, Bi ighoosati juudillah, Bi alfi alfi alfi laa hawla walaa quwata illaa billah, Dakholtu fii kanafiilaah watamassaktu bikitaabillaah , Watasyaffa’tu birosuulillaahi shollalloohu’ alaihi wa Aalihii wasallam bilaahawla walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim. Biyaahin yaahin ahiilin ahiilin ahyaasin ahyaasin
           
Tapi sebelum korang baca doa di atas korang kena baca dua kalimah syahadat, berselawat dan membaca surah al-Fatiha kemudian niatkan untuk mengkatkan keimanan anda. InsyaAllah berkat kesabaran korang  akan dapat menguasai ilmu ini Cuma tak tahulah sampai peringkat berapa.

Semoga ada manfaatnya untuk korang. 

Wallahualam.

2 ulasan:

capang berkata...

Assalamualaikum bro... Aku berterima kaseh kerana sanggu bermanfaat ini berkongsi ilmu. Bolehkah saudara menambah baikkan bacaan ayat suci al-Quran dari tulisan rumi ker jawi supaya pengamal dapat membaca dengan lebih jelas dan tidak lari makna ayat Al-Quran...terima kasih..

Super Earth People berkata...

Waalaikumsalam...terima kasih atas peringatan..insyaallah akan saya cuba pertingkatkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...