Etika mempelajari ilmu ghaib


Sebelum pergi jauh...kat sini aku nak bagitahu serba sedikit mengenai etika mempelajari ilmu ghaib. Ini kerana kebanyakan orang melebelkan mempelajari ilmu ghaib ini salah dan sesat. Namun hakikatnya mempelajari ilmu ghain ini amat berguna kepada manusia. Tidak dinafikan bahawa terdapat sebahagian ilmu ghaib yang boleh membawa kepada kesesatan, ini yang di panggil ilmu hitam. Ilmu sebegini tak perlu nak belajar kerana tak ada manfaatnya. Lebih baik belajar ilmu putih agar dapat berbakti kepada umat amanusia yang memerlukan.

Ilmu ghaib merupakan satu ilmu yang begitu popular dikawasan nusantara terutama di Thailand dan Kepulauan melayu (Malaysia dan Indonesia). Beza antara kedua tempat ini ialah kebanyakan ilmu ghaib yang berasal dari Kepulauan Melayu telah menerima unsur Islam dam cara mengamalnya. Secara umumnya ilmu ghaib terbahagi kepada dua iaitu ilmu hikmah dan ilmu kajawen.



Imlu hikmah adalah ilmu yang berlandaskan dari Al-Quran secara langsung tanpa ada campuran unsur-unsur lain. Semua bacaan dalam ilmu hikmah semestinya semua dalam bahasa Arab. Manakala imlu kejawen ialah ilmu yang berasal dari tradisi ilmu kebatinan masyarakat Jawa yang bertapak sejak sebelum kedatangan Islam di nusantara lagi. Setelah kedatangan Islam ilmu kejawen mengalami perubahan dengan tambahan unsur-unsur Islam bagi menyesuaikan dengan akidah Islam.

Setiap Ilmu ghaib akan mewujudkan roh ilmu tersebut tidak kira secara manual melalui latihan ataupun secara automatik. Di sinilah timbulnya istilah khadam. Khadam ini bagi sesetengah pihak merujuk kepada jin atau pendamping kepada seseorang atau benda mistik. Naaamun begitu aura cahaya yang terhasil dari amalan sesuatu ilmu ghaib boleh juga di katakan khadam. Untuk itu jangan cepat melatah jika terdengar istilah ini.

Ilmu ghaib ini boleh didapatkan melalui beberapa cara antanya warisan, tarikat dan melalui mimpi. Biasanya melalui mimpi adalah ilmu yang hebat dan hanya manusia terpilih sahaja mampu memilikinya manakala melalui warisan ialah ilmu yang diwariskan kepada keturunan. Namun begitu perlu berhati-hati dalam ilmu warisan ini kerana dikutiri akan mewarisi saka yang akan memudaratkan. Untuk ilu tarikat pula ialah ilmu yang di pelajari. Terdapat juga satu cara iaitu melalui pengisian. Cara ini amat mudah kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk memperlajari ilmu ghaib kerana mereka akan mendapatkan secara terus dari seorang guru yang akan memasukkan ilmu ghaib tersebut kedalam badan mereka.

Namun sebelum mempelajari ilmu ghaib ini, aku nasihatkan agar korang semua bersihkan dahulu hati korang dari segala penyakit hati macam dengki, buruk sangka dan sebagainya. Perasaan ini hendaklah korang buang jauh-jauh sebelum korang belajar. Dan yang paling penting kekal dilandasan agama.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...