Ilmu Pagar Laut

Sebenarnya terdapat banyak ilmu yang boleh dijadikan pendinding tak kiralah pendinding diri, rumah ataupun harta benda. Ilmu pendinding ini juga sering di kenali sebagai pagar ghaib ataupun guris bagi sesetengah kaum di Sabah. Imlu ini bukan hanya bertujuan untuk melindungi diri dari gangguan makhluk gaib tetapi juga sebagai persediaan untuk melindungi diri kita serta harta benda kita dari gangguan manusia atau senang cakap pencuri .
Ilmu pendinding ini juga ada pelbagai, ada yang menggunakan unsur api, pagar hutan, pagar laut danada juga yang menggunakan aura.

Untuk kali ini aku nak kongsikan satu ilmu yang orang selalu panggil Ilmu Pagar Laut. Kegunaannya ialah melindungi rumah korang dari dicerobohi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kalau ada juga yang berani nak ceroboh korang akan jumpa dorang berenang di ruang tamu korang ataupun kat dapur korang.


Sebelum korang buat pagar laut ini terlebih dahulu korang kena sediakan bahan-bahannya dulu. Bahan-bahannya ialah sebotol air Yassin (kalau korang tak tahu buat dah banyak di jual kat kedai) dan teras kayu asam jawa (kalau korang tak tahu tanyakan kat orang tua-tua)serta garam. Kalau semua bahan dah ada korang kena mula dengan sebelah kanan depan rumah. Kalau kanan pun korang tak tahu baik tak payah jadi orang la. OK, korang kena diri selari dengan arah pintu rumah korang dan ambil kanan pintu rumah korang, bukan kanan korang ok?

Korang kena pagar empat penjuru rumah korang barulah selamat. Bermula sebelah kanan rumah, korang tanam teras kayu tu sampai tengelam. Korang pacakkan lepas tu korang tukul dengan tukul besi sampai tenggelam sepenuhnya. Setelah itu bergerak ke penjuru kedua. Tiup penjuru yang nak dituju sambil baca Bismillahirahmanirahim, Al-Fatiha dan surah Yassin hingga ayat 9 saja kemudian korang sambung :

Ini Tembok Nabi Sulaiman
Luarnya Kota Dalamnya Laut
Kalau Kamu Pecah Kota ini
Kamu Akan berenang dalam laut

Korang baca ayat ni semasa korang bergerak menuju ke punjuru baru. Korang baca ulang-ulang Bismillahirahmanirahim, Al-Fatiha dan surah Yassin hingga ayat 9 sambil korang renjis-renjiskan air Yasin sepanjang perjalanan korang ke penjuru kedua. Ulang semua langkah tadi sampai korang balik ke penjuru asal. Lepas tu korang tabur garam dalam bentuk bulatan disetiap teras kayu asam tu ini bertujuan untuk dijadikan pendinding sebelah atas. Yang tadi tu korang buat pendinding untuk sebelah darat atau kat bawah. Manalah tau ada pencuri yang ada ilmu terbang dapat gak korang halangkan.

Apa-apapun semua bergantung dengan izin Allah semoga bermanfaan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pernah nampak udah kejadian seperti ni...pencuri yg masuk x dpt keluar sbb dorg x nmpk jln keluar...yg nampak laut saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...