Petua Mengurangkan Masalah Buncit


Assalamualaikum…

Korang boroi atau buncit ka? Kalau korang ada bentuk badan yang sempurna tahniahlah aku ucapkan tapi kalau korang ada masalah buncit usah gusar dan ragu. Kat pasaran ada banyak produk yang boleh turunkan perut korang tu dari terus memboroi. Tapi aku ada dengar satu kajian (tak tahulah aku betul atau tak kajian tu) yang mengatakan lelaki boroi lebih diminati oleh wanita. Betulkah kenyataan ni wahai kaum hawa.? So bagi lelaki pilihan ditangan korang samada korang nak perut rata ataupun buncit. Hehehehehehehe


Kat pasaran sekarang banyak produk-produk kesihatan yang boleh menguruskan korang ada yang mahal dan ada juga yang murah. Tak perlulah aku sebutkan jenamanya, nanti dorang dapat promosi percuma pulak.. Aku dengar ada produk yang boleh cecah sampai RM500. Wau mahal tu. Untuk orang kaya senang la duit banyak boleh beli semua produk tersebut. Tapi bagi yang kurang berada macam mana. Alamat makin kembangla perut tu nanti hehehehe.

Untuk mereka yang kurang mampu aku nak bagi petua kat korang macam mana nak turunkan perut korang tu. Tapi petua ni korang kena amal selalu jangan hangat-hangat tahi ayam ja. Kalau setakat amal dua tiga kali ja jangan haraplah korang dapat hasil yang memuaskan. Tak pasal-pasal korang salahkan aku pula sebab bagi patua tak betul.

Ok tak perlu cakap banyak.

Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur dan biarkan ia kering sehingga pagi.

Petua 2 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.

Petua 3 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh 'O' tanpa gula dan perahkan air limau nipis.
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
** Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.

Nah aku bagi 3 petua sekali gus. So apa tunggu lagi cubalah tapi ingat perlu konsisten jangan separuh jalan ja. Kos untuk mengamalkan petua ini tak mahal agak-agak tak habis pun RM10.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...